Selamat Datang ke Nur'D Bridal Boutique & Jahitan.....
Nur'D Bridal menyediakan juru makeup profesional yang terlatih untuk pelbagai majlis yang bakal dihadiri. keutamaan makeup menekankan aspek ketelitian dan solekan cantik secara berdepan. Solekan sebegini mementingkan aspek complection muka seseorang. Nipis atau tebal perlu dilakukan bergantung pada kehalusan kulit yang tiada cacat cela. Warna foundation sama ada liquid atau crem foundation perlulah senada dengan warna kulit asal supaya ia kelihatan lebih natural sama ada dari dekat mahupun jauh. Sekiranya berjaya dilakukan maka solekan akan kelihatan cantik secara berdepan tampa perlu mengharapkan teknik-teknik editing photoshop atau sebagainya. Nur'D Bridal mementingkan teknik solekan yang betul bagi menghasilkan mutu solekan yang tinggi nilai keindahannya.